"Cinta dan sayang itu milik Allah,berserah padaNya insyallah Dia akan memberikan kita yang terbaik."Bila sudah mencecah alam remaja mustahil tak ada rasa nak ada pasangan(couple),especially ramai kawan-kawan kita yang berkapel.Kalau sahabat ada perasaan begitu,itu adalah fitrah untuk rasa suka pada manusia.Apa kehendak kita,kita berdoa untuk itu ini,Allah tunaikan.Tapi sahabat,siapa yang kita suka belum tentu dia yang terbaik buat kita.Saya nak berkongsi sikit kisah saya..
Kisah 1:-
Dahulu,pada zaman muda-muda atau zaman cinta monyet saya pernah berdoa supaya kurniakan cinta manusia pada saya.dan Allah tunaikan hajat saya.Seorang insan pernah kata pada saya yang dia cintakan saya,manis kata bicara tapi saya leka sebenarnya kata-kata itu racun.Dia harap saya akan balas cinta dia.Tapi malangnya dia sudah berkeluarga dan usia dia jauh lebih tua dari saya.Allah,ketika itu sangat berat dugaanku,hati ketika itu sangat sakit.Saya cuba berfikiran waras,oleh itu saya memilih untuk menolak.tapi sahabat,untuk melupakan dia ambil masa yang panjang,sakit sangat hati ketika tu.Saya merintih padaNya. "Allah,Kau tunaikan doaku untuk memiliki rasa cinta manusia,tapi Allah mustahil untuk aku untuk membalas cinta dari insan yang sudah berkeluarga".
Kisah 2:-
Dahulu,ramai kawan sekolah saya yang berkapel,siapa tak jeles.Oleh itu,saya pernah berdoa supaya suatu hari nanti saya ada kapel,dan Allah tunaikan doa saya.Seorang insan cakap nak kapel dengan saya,dia sebaya saya,sejuk mata memandang,baik kelakuannya,sopan bila berbicara.Tapi malangnya.kami berkapel dalam tempoh masa yang singkat,kerana kami tak ada perasaan suka atau cinta.Oleh itu kami buat keputusan untuk berkawan sahaja..Sekali lagi saya merintih padaNya
"Allah,Kau tunaikan doaku untuk memiliki pasangan,tapi apa guna berpasangan tapi tiada perasaan suka antara kami.
Itu semua zaman sekolah atau zaman muda-muda dulu.Kini,saya tak mengharap untuk bercinta atau berkapel.Ada seorang sahabat saya pernah berkata,"tak usah nak dok kapel-kapel,kalau suka kawin.Tak usah dok jeles tengok orang lain ada kapel,kapel dengan suami sendiri lagi sweet"..Ehee,bukan nak kahwin sekarang,muda lagi,belajar dulu dan kerja dulu.Kahwin bukan senang,berat tanggungjawab tau.Yup,saya tak jeles dan tak hairan pon orang lain berkapel,sebab saya yakin jodoh dari Allah.Allah sangat tahu siapa kita,apa yang kita fikir,apa yang kita buat.
"Allah,kalau dulu aku aku pernah berdoa untuk memiliki cinta manusia,Kau tunaikan doaku,Kau hadirkan dalam hidupku seorang insan yang berkata cinta kepadaku,tapi mustahil bagiku untuk membalas cinta insan yang sudah berkeluarga"
"Allah,kalau dulu aku pernah berdoa untuk memiliki pasangan,Kau tunaikan doaku,tapi apa gunanya berpasanagan tapi tiada perasaan suka"
Kini ,aku tak mengharapkan cinta manusia,aku tak mengharapkan untuk berpasangan kerana aku berserah segalanya padaMu.Seandainya dia yang terbaik buatku,maka satukan kami dengan ikatan yang halal iaitu pernikahan,tapi seandainya dia bukan ynag terbaik buatku maka jauhkan kami dari perasaan suka,tapi kekalkan kami sebagai sahabat.."
Bukan apa yang kita suka adalah yang terbaik,mungkin juga apa yang kita tidak suka adalah yang terbaik untuk kita.Allah know best.